KOTA BHARU: Amalan mengaji al-Quran setiap hari walaupun hanya sedikit menjadi rahsia seorang hafizah meraih Anugerah Kecemerlangan Al-Fateh pada Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di sini semalam.
Lebih membanggakan graduan itu, Izzah Zulkifli, 22, menamatkan pengajian Diploma Syariah di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari KIAS dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.77 selain menerima anugerah dekan pada setiap semester.
Menurut anak ketiga daripada lapan beradik itu, dia mula menghafal al-Quran sejak usia 12 tahun dan khatam pada usia 18 tahun ketika mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat di Pasir Mas.
“Kadang-kadang ada juga berasa berat dan letih belajar, tetapi terus ingatkan diri kepada ibu bapa selain cuba sedaya-upaya meluangkan masa untuk membaca al-Quran walaupun sekejap.
“Selain itu, saya aktif berpersatuan dan aktiviti kemasyarakatan di kolej bagi memperoleh kawan-kawan yang beraura positif untuk dijadikan dorongan dalam mengharungi cabaran menghabiskan pembelajaran di KIAS,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Selain Izzah, pelajar lain Nur Amni Mohammad Dani (Diploma Kaunseling) turut menerima Anugerah Kecemerlangan Ibn Khaldun dan Wan Syahmi Daniel Wan Saiful (Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat) menerima Anugerah Kecemerlangan Tok Pulau Melaka.
Menurut Izzah juga gadis kelahiran Kota Bharu itu, ibunya, Sahidatina Zahari, 49, iaitu ustazah yang mengajar di Maahad Amir Indra Petra di Bachok dan bapanya, Zulkifli Husain, 54, seorang Pengetua Maahad Taqaddum Maarif di Pasir Tumboh di sini ialah insan paling penting dalam mendorong kejayaan yang diraih.
Kata Timbalan Pengerusi Helwi PMKIAS 2022/2023 itu, kedua-dua orang tuanya juga ialah sumber inspirasi terbesar dan dia mahu mengikut jejak langkah mereka dengan cita-cita menjadi seorang guru.
“Saya akan berlepas ke Mesir esok (30 Oktober ini) untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Al-Azhar dan seterusnya berhasrat untuk menyambung di peringkat sarjana.
“Saya akan merantau di negara itu selama dua tahun atau lebih sebelum dapat mencapai cita-cita sebagai seorang pendidik,” katanya yang menerima tajaan menyambung pegajian tersebut daripada Yayasan Kelantan Darulnaim. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 30 2023
Izzah (tengah) menerima ciuman daripada ibu bapanya atas kejayaan yang diraih. - Foto Sinar Harian
Cabaran hebat menanti Sivasangari, Eain Yow pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari mengetuai kemaraan pemain Malaysia dalam kempen Kejohanan Skuasy Dunia 2024 di Mesir.
Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031
Projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Singapura dijangka akan beroperasi secara komersial pada tahun 2031, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.
Dewan Rakyat belum terima notis, 6 wakil rakyat sokong PM masih kekal MP - Johari
Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kelindan rentung, lori terbakar rempuh treler parkir tepi jalan
Seorang kelindan rentung apabila lori yang dinaikinya terbakar selepas melanggar belakang treler berhampiran bulatan Lebuhraya Lingkaran Utama (LTU) dekat Mempaga di sini pada awal pagi Isnin.
Malaysia libat diri secara aktif dengan negara ASEAN kukuhkan ketersambungan tenaga - Fadillah
Melalui pertukaran sumber, pengetahuan dan teknologi, Malaysia boleh mengatasi pelbagai halangan dan mempercepatkan penggunaan teknologi hijau dalam memupuk langkah kolektif ke arah kemampanan.
Sarjan terima rasuah tutup kes cabul didenda RM8,000
Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.
Kejadian rompakan dilaporkan berlaku semasa banjir di Brazil
Hujan lebat yang menyebabkan banjir di Porto Alegre, Rio Grande Do Sul, Brazil kini mengundang kepada berlakunya kejadian jenayah.
Penduduk Rumah Panjang harap sosio ekonomi meningkat
Dalam pada itu penduduk Rumah Panjang Nanga Engkuah yang ditemui Astro AWANI menzahirkan rasa syukur dengan pemilihan rumah panjang mereka sebagai Kampung Angkat Madani.
Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni
Azizulhasni berkata pihaknya dan pasukan berpuas hati dengan prestasi yang dicapai pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu di Shizuoka, Jepun itu.
Prosedur graf kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim yang cedera disimbah asid baru-baru
Mengaji al-Quran setiap hari rahsia raih anugerah cemerlang
Izzah menamatkan pengajian Diploma Syariah di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari KIAS dengan CGPA 3.77 selain menerima anugerah dekan.